Wednesday, 20 February 2013

Apa bayi perlukan untuk berkembang maju


As a parents mesti nak anak yg bijak pandai kan..Tapi perlu di ingat anak yg ada PHD belum tentu dapat jaga kita masa tua nanti..biarlah seimbang dunia dan akhirat untuk menolong mendoakan kita nanti ketika kita tiada lagi di dunia ini.Back to the issue, continues reading….

1. Tunjukkan kasih sayang anda
Ketahuilah kasih sayang & perhatian anda utk tahun yg pertama ini will affect your baby.Peluklah die,sentuh, senyum, beri galakan dan perhatian to what they want to say.and bergurau dengan dia more often. Anda tau tak kalau anda terus respond ketika baby menangis,or happy, ia membantu membina kepercayaan dan emosi yg kuat. Bayi anda juga tidak akan menangis sangat apabila dia lebih besar. This is what I’ve practice until now J

2. Menjaga keperluan asas bayi
Bayi perlukan kesihatan dan tenaga utk belajar. Anda harus keep track schedule monthly check up baby. Kalau demam tu ambik appointment baru ye..Jangan skip sebab vaksin tu semua la berguna in future. Bincang dengan doctor kalau ade kemusykilan dan masalah. Simpan record imunisasi tu sampai dah khatam semua vaksin nie..pastu buang..hahahaha.. :p

Tidur
Masa tidur baby nie REM (gerak mata cepat), sel otak baby anda giat membuat hubungan2 penting. Sinaps2 namanya ini adalah laluan yg membolehkan pembelajaran,pergerakan & pemikiran masa jaga tadi di ‘save’ . So cukup kan masa tidur bayi anda dan.anda pon boleh la buat bende lain jugak kan..time nie la nk kemas rumah yg lintang-pukang tu..huhu..

PemakananSusu ibu atau susu formula menyediakan semua nutrien yang diperlukan bayi anda bagi enam bulan pertama, dan akan menjadi bahagian penting dietnya sehingga usia satu tahun. Menyusu badan adalah paling baik untuk bayi - antara faedahnya, kajian telah menunjukkan bahawa bayi yang disusukan oleh ibu mempunyai kadar rendah bagi:
  • alergi-alergi seperti asma and ekzema;
  • cirit-birit;
  • masalah respiratori;
  • infeksi telinga.
Walaupun susu formula tidak boleh menyamai kesemua ciri-ciri unik susu ibu, bayi yang menerima susu formula juga berkembang maju, jadi janganlah terlalu kesal jika anda tak dapat menyusukan bayi anda.

Penjagaan harian
Beri perhatian kepada keselesaan fizikal bayi anda dengan pantas. Jika dia terlalu panas atau lampinnya basah, bertindaklah dengan menanggalkan satu lapis bajunya atau menukar lampinnya. Anda dan bayi anda merupakan satu pasukan, dan satu daripada tugas anda ialah bagi menguruskan perkara-perkara asas supaya dia boleh meneruskan tugas-tugasnya yang mencabar!

3. Bercakap dengan bayi anda
Cara paling baik untuk merangsang otak bayi anda ialah dengan berbual dengannya. Anda boleh mulakan ini semasa hamil lagi. Selepas dilahirkan, bercakaplah dengan dia semasa anda menukar lampinnya, memberi dia makan dan menukarkan bajunya. Dia akan memberi reaksi jika dia tahu yang kata-kata anda itu ditujukan kepadanya, jadi lihatlah mukanya semasa anda bercakap.

Jangan bimbang jika apa yang diperkatakan itu bukan sesuatu yang bernas. Memadailah bagi anda menceritakan apa yang anda sedang lakukan dan apa bayi anda sedang lakukan.

4. Membaca kepada bayi anda
Membaca secara kuat adalah antara perkara penting yang anda boleh lakukan untuk membina himpunan perkataan yang dimilikinya, merangsang imaginasi dan meningkatkan kemahiran bahasanya. Ia juga memberi kesempatan bagi anda memeluknya dan berinteraksi sosial. Bedtime story adalah cara baik bagi memulakan rutin waktu tidur bagi bayi anda, dan sememangnya kanak-kanak sudah dapat menikmati cerita mudah dari buku diperbuat kertas keras seawal usia enam bulan.


5. Meransang derianya
Untuk bayi anda belajar tentang manusia, tempat-tempat dan perkara-perkara tertentu, dia perlu didedahkan kepadanya.  Jangan 24 jam anda merangsang kesemua derianya pada satu-satu masa. Kesian la pulak kan. Kalau dia nak main sediakan beberapa mainan dan objek-objek lain. Pilihlah benda-benda yang mempunyai bentuk, tekstur, warna, bunyi dan berat yang berlainan.

Belajarlah tentang kesan muzik atas perkembangan anak anda pada usia-usia tertentu, dan nyanyikan lirik dodoi-dodoi yang digemari. Main mainan interaktif seperti baca dan mainan tepuk tangan pat-a-cake, pergi berjalan-jalan dan membeli-belah bersama-sama, dan beri peluang untuk bayi anda menemui orang-orang baru. Aktiviti-aktiviti harian yang paling mudahpun akan merangsang perkembangan otak bayi anda.

6. Berilah anak anda ruang untuk merayau.
Untuk membina otot-otot kuat, imbangan dan koordinasi yang baik, dia memerlukan banyak rang untuk merangkak, menjelajah, dan akhirnya berjalan. Dia juga akan mendapat faedah jika disediakan tempat-tempat selamat di mana dia boleh meneroka persekitarannya dengan tidak ditegur "Jangan" atau "Jangan sentuh".

 Cara paling senang untuk melakukan ini ialah dengan membuatkan rumah anda selamat untuk bayi seberapa yang boleh. Jauhilah objek bahaya daripada capaian bayi anda dan pastikan yang selamat itu boleh dicapai olehnya. Contohnya, dalam dapur, pasangkan kunci selamat bayi pada semua kabinet kecuali satu. Penuhkan yang itu dengan mangkuk-mangkuk plastik, cawan sukat, sudu kayu dan periuk belanga yang bayi anda boleh bermain dengan selamat.

7. Dedahkan kepada cabaran-cabaran baru
Elakkan daripada mengecewakan anak anda dengan mainan dan aktiviti yang terlalu sukar bagi dia memahami. Walau bagaimanapun, sedikit cabaran adalah baik untuk kemajuan diri. Apabila sesuatu aktiviti itu tidak difahami oleh bayi dengan senang, dia akan terpaksa mencari jalan baru untuk menyelesaikannya. Menyelesaikan masalah cara ini adalah caranya untuk meningkatkan kepintaran otak. Jika dia cuba membuka kotak, misalnya, bersabarlah dan jangan cuba menolong dia. Biar dia mencubanya dahulu. Jika dia masih bergelut-gelut, tunjukkan dia bagaimana ia dilakukan, kemudian, berikan kembali kotak tertutup kepadanya supaya dia boleh mencuba dengan sendiri.

8. Jagalah diri anda
Jika anda terasa murung atau terganggu, anda akan mendapati sukar untuk bertindak secara pantas dan sensitif terhadap keperluan bayi anda. Kemurungan akan memberi kesan terhadap kebolehan anda untuk berinteraksi dengan bayi anda dan boleh mendatangkan kesan jangka panjang atas perlakuan dan pembelajaran bayi anda, mengikut beberapa kajian. Jika anda bergelut dengan kemurungan posnatum, dapatkan pertolongan. Beritahu doktor anda bila-bila masa anda merasakan yang anda mungkin mengalami kemurungan.

Jika anda merasa tersangat letih, carilah jalan untuk membahagikan tanggungjawab rumahtangga dan keibubapaan dengan suami anda. Jika anda ibu tunggal, kelilingilah diri anda dengan orang-orang yang boleh memberi bantuan dan sokongan. Dan jangan lupa untuk melayan diri anda secara istimewa sekali sekal. Menjadi ibubapa - terutama sekali ibubapa yang betul-betul terlibat dan aktif - amat meletihkan, dan anda perlukan masa untuk mendapatkan kembali tenaga anda.

9. Carilah pengasuh bayi yang baik
Jika anda bekerja dan tidak dapat menjaga bayi anda semasa siang hari atau perlukan pengasuh secara kerap, pengasuhan bayi yang berkualiti tinggi adalah penting untuk perkembangan bayi yang sihat. Anda mahukan seorang yang boleh melakukan kesemua yang disebut di atas apabila anda tiada bersama bayi anda.
Samada orang yang menjaga anak anda itu seorang pengasuh bayi,
saudara atau pengasuh di taman asuhan, dia mestilah berpengalaman, penyayang, mempunyai reputasi yang baik, dan betul-betul sukakan kanak-kanak dan mempunyai cukup tenaga untuk membantu anak anda berkembang maju.




Sunday, 27 January 2013

~Trip to Universal Studio Singapore~

Alhamdulillah..Walaupun kadang2 kami anak beranak cukup2 makan, rasa macam xcukup je cash in hand but end of the month berlebih2 je..huhuhu...Ok je..agak nya kita yg risau terlebih je..sambil dok pikir duit tu sempat lagi la selit kan installment to USS trip nie..Dlm 200++ per head, daily trip bus return+SGD 10 meal voucher+pass to USS..ok je la..nak harap sendiri pergi entah bila la kan..untung la cousin husband nie terror bab2 gogonize trip nie..

So we all bertolak from Ampang coz bus ambik dekat sana dalam pukul 12.00am, Sunday 27/1/13..1st expression Arissa is menangis nk ajak saya keluar..adoi..Takut tengok org ramai2 tu..atlast nak bagi diam ape lg bagi cik B la..terus senyap..huhu

               Sempadan Malaysia-Singapore..Snap picture sebab xtau akan sampai lagi ke tak..
                                               Welcome...xsabar nak masuk...yahoooooo... 
                                                    We are here around 8.30 am..Jom masuk….

Actually sampai R&R Gelang Patah on 4.00am camtu la..kejap je kan..So rest dulu kat situ lepak2 isi form emigration+mandi+solat..Arissa time nie bangun tp meragam sbb badan dah start suam2 kuku..nak demam..demam tkejut agaknye..Then pukul 7.00am gerak ke S’pore..

Agak sedih sebab Singapore not allowed e-cigarette. We all x terpikir langsung pasal nie..my hubby baru je beli then kene rampas one whole set..hampeh tol..charger pon nak jugak..ambik E-Cigarette dah la..we stuck in Singapore Emigration about half an hour..kesian org lain yg menunggu..ciss..
                                          Nie la geng bus sekolah…hehehe..penuh mak jemah..
                                                            
                                                                    Senyum sokmo..
Universal Globe nie berpusing dan keluar asap..So attractive..Time nie xramai orang lagi..tapi lepas half an hour makin ramai..xdapat la nak snap picture sorg2 gini..ade la org lain kt belakang2 tu..masing2 sibuk posing..It's a good time manageable :)

                                            Nie map dekat sana..penat jugak nak tawaf nie..:)
Macam kat London..macam jela kan..hehe
                                          
              Dah penat berjalan kitorg pon makan kat sini..Restoran nie macam ala2 kat Petaling straight.

              Nasi Beriani SGD 5.00 dgn air SGD 2.50..dapat voucher SGD 10.00..so cukup aje :)

                   Road Show..Ade mcm2 tp yg nie je snap..yg len ade yg malas nk tgk..huhu..penat sudah..

                                                  ini betol2 bukan patung taw..sgt2 cantek kan..
 
 heyyyy...ade masalah nk upload picture lal..alahai...tunggu la nanti update lagi k..bubyee...:)




Thursday, 6 December 2012

Cara Kurangkan Masalah Muntah.


Arissa muntah2 possibly tersalah makan. As usual saya akan meng’google’ info and saved!!
Muntah membabitkan pengecutan otot perut yg akan menyebabkan kandungan di dalamnya dikeluarkan melalui perut. Selalunya infant yg less than 1 year. 
Sebab yg lazim :- Ada infeksi virus yang membabitkan usus atau makanan yang tidak serasi dengan mereka dan diikuti dgn cirit. Jika mereka muntah melebihi 24 jam tanpa cirit, dia mungkin mengalami masalah yang lebih sukar.
Berapa lama agaknya masalah muntah ini? Selalunya, ia akan berkurangan selepas enam hingga 24 jam dan ada juga beberapa hari. Sabar ye mommies..dugaannnn…Anda cuba tukar cara pemakanan seperti :-
Bagi air dlm kuantiti yg kecil – 8 Jam after last vomited.
Infant – Beri garam rehidrat guna sudu / susu diberi dgn kadar yg kecil.
Mulakan dengan satu sudu teh atau sudu makan bergantung kepada umur anak anda. Kekerapan ~ 5 minit
After 1 hour tambahkan kuantiti. Kalau muntah lagi, stop dulu dlm 1 hour then mula balik dlm kuantiti yg lebih rendah.
Kalau sudah 8 jam tanpa muntah, bagi makan as usual. For baby, start from porridge and kurangkan siket kuantiti. Bagi Kanak2 boleh bg porridge or else roti,sup,kentang putar dll.
Breasfeeding ~ Beri susu pada kuantiti rendah tapi kerap. Let’s say 10 minit setiap sejam, kalau muntah lagi try 5 minit setiap setengah jam.
Gunakan garam rehidrat kira-kira satu sudu besar setiap 15 minit jika muntah berterusan.
                                                          Penat la muntah..phewwww.... 
Ubat-Ubatan
Elakkan daripada memberi ubat melalui mulut. Ubat ini mungkin menyebabkan kanak-kanak muntah. Jika demam, penggunaan ubat demam yang diberi melalui sumbatan punggung boleh dilakukan. Jika demam berterusan pastikan anda mendapatkan nasihat doktor.
Cara penjagaan salah yang kita lakukan adalah memberi sebanyak mana air yang diminta oleh kanak kanak terbabit. Ini akan menyebabkan kanak-kanak itu terus muntah. Penggunaan ubat tahan muntah jarang dapat menyelesaikan masalah. Strategi pemakanan yang betul selalunya dapat menyelesaikan masalah muntah terbabit.
Bilakah Sepatutnya Mendapatkan Nasihat Doktor?
  • Tanda-tanda kering/dehidrasi
  • Darah dalam muntah
  • Jika kandungan muntah mengandungi jus hempedu (billous vomiting), biasanya   muntah berwarna hijau
  • Muntah berterusan diikuti dengan cirit-birit yang terlalu kerap
  • Anak anda lemah, tidak bermaya dan kelihatan lesu.
Sumber Maklumat: Berita Minggu


Friday, 30 November 2012

Anak Menangis - apa harus saya lakukan?

Jangan panic bila baby menangis, ada byk petua untuk memujuk si kecil tapi cara ini x berkesan untuk semua baby..Baby pon ader mood juga..So mommies try to conscious your own baby slowly ok.

Selimutkan dia dan peluk dengan rapi 
Ada Baby yg suka di peluk atau dibedung kerana rasa secure macam dalam rahim ibu. Ada jugak yang tidak suka dibedung kerana menyesakkan dan lebih sukakan cara lain untuk ditenteramkan seperti dibuai atau dinyanyikan.

Dapatkan ritma yang teratur 
Dalam rahim, bayi anda boleh mendengar denyutan jantung anda: itu satu sebab bayi masih suka dipeluk rapi. Anda boleh cuba memainkan muzik yang lembut atau menyanyi senandung buaian.

Buai-buaikan bayi 
Kebanyakan bayi suka dibuai perlahan, Sambil berjalan, duduk atau berdiri..JANGAN menggoncang baby anda dengan kuat kerana boleh mencederakan organ dalaman dia.

Urut belakang atau perot
Cuba urut/gosok belakang atau perut bayi dengan perlahan. Kalau kembong cuba menyusukan dia dalam posisi tegak dan burp kan dia selepas penyusuan dengan menyandarkan dia di bahu anda. Bayi yang menghidap kolik kadangkala terasa reda jika perut mereka digosok.

Biarkan dia menghisap sesuatu 
Bagi setengah bayi baru lahir, dorongan untuk menghisap amat kuat dengan menghisap puting atau jari (yang bersih). "Hisapan penyelesa" boleh maintain heartbeat baby, selesakan perut dan membantu bayi anda bertenang. 

Jangan menaruh harapan yang terlalu tinggi terhadap diri anda 
If your baby refuse your effort to persuade them, then it will make you pressure!!
Ibubapa sering menyalahkan diri sendiri, merasakan yang ketidakcekapan mereka sebagai ibubapalah yang menyebabkan tangisan itu, tetapi ini bukan hakikatnya.

Jika anda sudah pasti keperluan bayi anda telah dipenuhi, dan tiada perkara fizikal yang menyebabkan bayi anda menangis, dan jika anda telah mencuba segalanya untuk menenangkannya tetapi tidak berhasil, sudah tiba masanya anda menjaga diri sendiri supaya anda tidak tertewas. Antara cadangan nya:-

Tarik nafas panjang. 

• Letakkan bayi anda di satu tempat buat sementara dan biarkan dia menangis untuk seketika tanpa didengari oleh anda. (keluar minum air sekejap ke)

• Mainkan muzik yang nyaman dan relakslah sendiri untuk 10 minit. 

• Panggil kawan atau 
saudara untuk mendapatkan sokongan. Berehatlah buat sementara dan biarlah orang lain menjaga bayi anda untuk sekejap. 

• Berbincanglah dengan doktor dan kumpulan sokongan dan kumpulan ibu-
dan-bayi to converse the problem.


• Ingatkan diri anda bahawa bayi anda tiada mempunyai sebarang masalah dan tangisan itu tidak akan mencederakan dia. Cuba terima kenyataan yang anda mempunyai bayi yang banyak menangis supaya anda tidak tercari-cari sebab tangisan itu dan menyalahkan diri anda, atau melakukan pelbagai rawatan yang tidak berkesan. 

• Ingatkan diri anda bahawa ini fasa sementara dan akan berlalu. 

Menjadi ibu atau bapa bayi baru lahir merupakan tugas yang berat. Malah lebih berat jika mempunyai bayi yg suke menangis.

Dapatkan bantuan dan sokongan apabila anda memerlukannya, jangan menunggu sampai masalah itu menjadi teruk.Sabar dan bertenanglah dengan mengingatkan diri bahawa setiap hari, apabila bayi semakin membesar.

Dia akan mempelajari cara-cara baru untuk berkomunikasi keperluan dia kepada anda. Dengan perlahan, apabila dia mula berbuat demikian, tangisan itu akan berhenti. 

Thursday, 29 November 2012

Kenapa Bayi Anda Menangis??

As a new mom, baby menangis je mesti kita kalut nk pikir ape yg xkene kan..The main cause in our mind is baby lapar nak susu..betol x mommies???hehehe..actually ader reason lain yg kita boleh recognize and try to persuade them. So jom tgk sebab2 nye dolu ye :)

Kelaparan
Kelaparan adalah sebab utama bayi anda menangis. Beri la susu formula or breastfeed bagi ibu yg menyusukan. Kalau masih menangis juga mungkin ada sebab lain...

Tidak Selesa
Cube check pampers pulak..mungkin penuh ke..Kalau dibiar lame takot kulit baby yg sensitif boleh dapat rashers..Atau pun mungkin baju,seluar atau pampers di ikat ketat??

Terasa Panas atau Sejuk
Baby dah terbiasa panas di dalam perut ibu..On that reason bile nak tukar pampers baby akan menangis kerana kesejukan.So mommies tukar pampers dgn cepat yup..Sesetengah bayi suka di bedung dan jgn pakai kan baju yg nipis atau terlalu tebal..pandai2 la agak..Bayi perlukan satu lapis pakaian lebih daripada anda untuk berasa selesa..

Tips :- Periksa suhu baby dgn merasa perut nya bukan kaki or tangan coz normal untuk  tangan and kaki baby sejuk. Kalau terasa panas tu buang satu lapisan selimut or kalau macam sejuk tambahkan selimut..Cara yg lain adalah menggunakan thermometer, ini mmg wajib ada di setiap rumah anda.

alololorrrrr.....cian dieee...hehe
Mahu Dipeluk
Peluk la bayi anda..Bercakap dengan dia dan manjakan die dgn kata2 kasih sayang..Ada baby yg suka di dokong untuk merasa sentuhan fizikal dgn mommy..xpe..layan je..kalau mcm tu pakai baby carier so that mommy boleh buat kerja lain..

Ketenangan
Apabila dapat org baru, ramai yg akan datang melawat. Baby yg baru lahir belum dpt biasa kan diri dgn bunyi bising,cahaya lampu dan dukung bertukar2 tangan ..So bawa dia ke tempat yg tenang dan senyap so that die dapat tidur dengan aman.

Dunia Baruku
It will takes time to familiarize herself to the new world after being lonely dlm perut ibu..Try to recognize your babies crying. You know your baby better. Kalau nada cemas dan nyaring bawa la jumpa doctor untuk check up and kalau baby nangis followed by:-

1) muntah
2) diarea (cirit-beret)
3) Constipation (sembelit)

Tak Tahu Ape Yg Die Nak
Kadang2 pujuk x jalan, susu xnak semua xnak..Mungkin baby kembung..Ader satu istilah Kembung Kolik yg didefinasi kan sebagai tangisan yg tidak dapat ditenangkan yg berlaku sekurang-kurangya tiga jam sehari, tidak kurang dari tiga hari dalam seminggu. Sorry to say tiada rawatan utk kolik tetapi keadaan ini tidak akan berlanjutan lebih dari tempoh 3 bulan. Think Positif dan banyak kan lah berdoa..

Semoga kita dapat bersabar dan melayan karenah si kecil nie..Jangan marah pulak bile bayi anda menangis ye..Kesian die..ader sebab kenapa si comel anda menangis..Use your creativity to persuade them…J


Tuesday, 16 October 2012

Kisah Tauladan

Terjumpa Tips nie dlm blog someone..i copy paste je..huhu...Sangat menarik!!Untung la badan dpt suami macam nie....:)


Lebih kurang tiga minggu yang lepas saya membawa isteri ke 'Mahkota Medical Centre', dia mengadu kepada saya kepalanya pening, rasa mual dan badanya lenguh-lenguh. Saya tanya dia"mengandung kot?" Dia kata tak ada. Oleh kerana 2-3 hari macam tu saja,saya bawak dia jumpa doktor dan ternyata.... isteri saya mengandung dua bulan. Emmm saya dah agak dah.Maka bermulalah cerita baru dan haluan sejarah masa depan akan pastinya berubah lagi.

Dia akan merasa loya dengan bau yang sebelum ini senang baginya, termasuklah bau badan saya. Morning sickness yang teruk sekali bagi isteri saya.Kasihan sungguh, terbaring saja sepanjang masa. Makan tak boleh, minum tak nak, apa pun tak nak. Adakalanya isteri saya semalaman tak dapat tidur, kadang-kadang tu asyik nak tidur saja. Selesai saja solat Isyak dah masuk bilik.

Pada awalnya saya tidur kat luarlah sebab dia tak boleh bau badan saya. Saya fahamlah orang mengandung memang macam tu, sekarang ni dah boleh tidur dengan saya dan saya sudah tahu macamana nak elakan insomnia yang dialaminya, iaitu dengan membaca Al-Quran sehingga isteri saya terlelap.Memang kebiasaan sebelum mengandung pun saya akan membaca Al-Quran diatas katil di sisi isteri sebelum tidur sehinggalah dia terlelap.


Sekarang saya terus membaca Al Quran disisinya sebagai ubat tidur bagi isteri dan anak dalam kandungan. Adakalanya sampai 2-3 jam.Bukan itu sahaja, saya juga sentiasa bercakap-cakap dengan janin dalam perutnya. Perkara yang mula-mula saya ceritakan padanya ialah tentang tauhid. Saya bermula dengan kitab pertama yang saya pelajari dahulu iaitu kitab 'Kasyaful Mahjub'.
Mungkin ada pembaca yang berkata saya terlalu ghairah, kebarangkalian untuk janin survive masih tipis. Tapi mana ada ayah yang tak berharapan. Segarang-garang harimau pun tak makan anak, apatah lagi saya. Apa yang akan berlaku pada kemudian hari adalah diluar bidang kuasa saya. Siapa saya untuk mempersoalkanya.


Saya bercerita kepadanya tentang Allah, zat, sifat, asma, afal. Dan cerita itu kembali
bercerita kepada diri saya. Adayang menghantar email dan bertanya bagaimana mahu mensihati anak agar tidak degil. Jawapan yang mahu saya nyatakan bukan hanya untuk anak tetapi untuk sesiapa sahaja terutamanya yang mempunyai hubungan rapat dengan kita.Tak kiralah anak, isteri atau suami. Bagaimana?


1. Semasa anak atau isteri kita sedang tidur inilah waktu yang paling sesuai terutamanya diwaktu dua pertiga malam, kerana fikiran bawah sedarnya(subconscius mind) adalah paling optimum ketika ini. Yang tidur hanyalah conscius mind (minda sedar).


2.Sentuhkan ibu jari anda ke langit-langit dan kemudian sentuhlah dengan halus ibu jari anda ke ubun - ubun orang yang ingin anda nasihati.


3. Semasa ibu jari diatas ubun-ubun selawatlah ke atas junjungan Nabi Muhamad dan bacalah surah alfatihah. Kemudian terus dengan berzikir didalam hati dan jangan putuskan zikir anda.
4. Angkat ibu jari anda,kalau boleh janganlah di putuskan zikir didalam hati dan bercakaplah
dengan suara yang agak perlahan agar tidak sampai mengejutkanya. Beritahulah apa yang ingin anda beritahunya. Kebiasaannya saya akan menasihati isteri saya agar tidak selalu melewatkan solat,banyakkan berselawat, banyak bersabar.


Nasihatilah orang yang anda sayangi dengan apa sahaja nasihat yang anda inginkan. Jangan putuskan zikir anda, supaya zikir itu masuk bersama dengan nasihat anda


5. Anda akan dapat melihat reaksi yang dia sedang menerima pernyataan anda iaitu kelopak matanya bergerak-gerak. Insyallah saya doakan diri saya dan anda berjaya dengan kaedah ini.


Pernah di zaman Imam Abu Hanifah (Hanafi An Nu'man), seseorang pernah bertanya kepada bapa Imam Abu Hanifah. "Tuan, bagaimanakah tuan mendidik Hanafi sehingga begini istimewa jadinya. Jawab bapa Imam Abu Hanifah "Aku didik Hanafi 40 tahun sebelum dia dilahirkan". Kalau didengar pernyataan ini tentu aneh bagi kita bukan. Bagaimana mungkin manusia yang belum dilahirkan sudah di didik.
 Namun apa yang ingin disampaikan oleh Tsabit (bapa Imam Abu Hanifah) ialah dia sendiri telah diasuh, manakala isterinya juga sudah di didik dan Hanafi sendiri sudah dididik sejak dari kandungan lagi. Saya beri anda satu logik akal, acuan yang bulat mana mungkin menghasilkan kuih segiempat. Begitu juga dengan anak dan isteri kita. Mereka adalah cermin kepada diri kita sendiri.


Saya bacakan kisah ini kepada janin yang sedang membesar dalam perut isteri saya. Saya sentiasa berdoa agar dia terus membesar dan dilindungi Allah sebagaimana Allah memelihara Imam Abu Hanifah. Saya nasihatkan dia dengan nasihat yang disuarakan oleh Luqman Al Hakim kepada anaknya. Saya bacakan kisah para rasul, para nabi,wali songo, tujuh wali melayu kepadanya. Cuma isteri saya menasihati agar suara
saya tidak terlalu kuat, bimbang didengar oleh jiran, apa pula kata mereka nanti.


Dalam kepekatan malam, isteri saya sudah pun yenyak dibuai mimpi. Saya baru selesai membaca surah yasin disisi isteri hingga dia terlelap. Saya kehalaman rumah, mahu merenung langit malam, satu-satunya hobi saya semenjak kecil semenjak di rumah anak-anak yatim piatu, saya bawa hingga kini. Langit agak terang dan bersih. Saya bersandar dibangku marmar. Kalau isteri saya sihat pastinya dia menemani saya disini, kami
akan bercerita tentang segala-galanya, tentang masa depan, tentang anak, tentang cinta, tentang tuhan.


Saya terus merenung langit malam, saya anak yatim piatu yang ditinggalkan ditengah padangrumput,sehingga sekarang tidak diketahui siapa ibu ayah saya. Kini saya akan menjadi ayah. Bermula dari saya akan wujud
salasilah keturunan  yang baru.Saya bertekad dalam hati, Insyallah jika anak ini lahir, dia tidak akan saya biarkan membesar seperti saya.
Dia tidak akan saya biarkan menagih kasih dirumah kebajikan.Dia tidak akan melalui zaman pahit seperti saya. Dia tidak perlu dibohongi yang teddy bear adalah'mama'nya seperti
saya. Air mata ini mengalir lagi. Mudah benar ia tumpah.Oh! janganlah tumpah lagi.Sudah terlalu banyak tertumpah.Kalau mahu tumpah biarlah ketika sujud menyembah ilahi.Pesan guruku air mata lelaki jangan ditumpahkan sia-sia.


Saya tidak mahu terus melayan perasaan,segera saya kuncikan pintu dan ke kamar tidur.Isteri saya telah pun nyenyak dibuai mimpi.Inilah 'bintang timur' dalam hidup saya.Ia sentiasa bersinar cemerlang dalam hidup saya,memberi harapan,keyakinan,kesetiaan dan cintanya kepada saya.Insyallah tidak lama lagi,akan muncul 'bintang timur kecil' dalam hidup saya.
Tersentuh sangat...