Saturday, 25 February 2012

Kebaikan Susu Ibu


The most powerful mama will make an effort to feeding her baby with her own milk!!
chewahhhh...Semangat new mommy nie...hihhihihi..Mestilaaa...Always positive thinking taw baru boleh produce susu banyak2...

Antara kebaikan susu ibu yg berjaya di google adalah :-

Faedah untuk Bayi

-Susu ibu mengandungi kesemua nutrien yang diperlukan untuk tumbesaran dan perkembangan otak bayi.
- mudah dihadam juga dari susu formula dan dapat elakkan sembelit or alergi..
- sentiasa sedia pada suhu yang tetap iaitu susu akan suam macam susu badan kita...
- bayi yang menyusu susu ibu sepenuhnya dari lahir sehingga 6 bulan yang pertama mempunyai tumbesaran yang baik dan sihat
- Tidak mengandungi bahan2 kimia.

 Susu ibu memberi perlindungan kepada bayi

- kolostrum, susu ibu permulaan yang dikeluarkan pada hari pertama sehingga hari ketiga mengandungi antibodi (IgA) yang dapat melindungi bayi dari jangkitan kuman dan alahan.
- mengurangkan risiko percemaran dibandingkan dengan penyusuan cara lain.

                                                 
                                                  Seronok peluk baby macam nie kan..:)

Faedah untuk Ibu

- mengeratkan kasih sayang antara ibu dan anak
- membantu mengecutkan rahim dan mengelakkan tumpah darah
- mengurangkan risiko untuk kanser payudara dan ovari
- mempercepatkan proses pengurangan berat badan jika disertai dengan senaman
- penyusuan susu ibu sepenuhnya boleh menjarakkan kehamilan (perancangan keluarga)

Dannnnn yg xder kt dalam nie iaitu MENJIMAT KAN KOS...hehehe...malam2 pon anak nangis xpyh bangun bancuh susu...ready made dah..bagi je...huhu

                                           Jomm kite breastfeeding baby ramai2!!yeayyy!!! :)

No comments:

Post a Comment